Monday, January 12, 2015

Ya Allah, Permudahkan Perancanganku..

Assalammualaikum WBT,

Ingin Aku mulakan kisah ini dengan lafaz .

"Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman"

Aku hanya seorang  budak baru di dalam dunia perternakan, macam budak "hingusan" (dalam kamus istilah aku laa) yang ada impian besar untuk maju ke hadapan. Aku di besarkan di dalam suasana kampung dan hidup susah. Ayah aku hanya seorang penoreh getah selepas dia ambil keputusan bersara awal dari Askar, RAMD 18,  tahun 1988, kira tamat tempoh 10 tahun perkhidmatan,  Ha..ha..masa dia jadi askar , kira dok kejar Komunis di kawasan  Gerik, Pengkalan Hulu, kawasan Hitam katakan.  Kampung aku pun di dalam kawasan jajahan Gerik.

Aku imbau perjalanan hidup aku dari kecil sampai sekarang aku menulis Blog ini,
dah macam  muhasabah diri.Rupanya  banyak kelemahan yang aku perlu baiki dan ubah supaya jadi lebih bermakna untuk kedua ibu bapa dan orang lain di sekeliling.Ya Allah.... sungguh banyak nikmat dunia yang telah diberikan pada aku....

Dunia Perternakan....

Kisah ini bermula ,selepas aku nekad berhenti kerja setelah 12 tahun  bekerja di salah satu syarikat swasta yang terkemuka di Malaysia.Selepas ibuku hadapi " Stroke", kesihatannya kian hari makin lemah.Sebagai anak lelaki sulung, macam mana sekalipun tanggungjawab pada ibu bapa. Lagipun hidup di bandar Shah Alam dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ....akhirnya aku ambil keputusan balik ke kampung. Setelah 22 tahun keluar dari kampung, bermula daripada sekolah menengah, bekerja,berumahtangga dan akhir tahun 2014 pulanglah aku ke pangkuan ibu bapa di Gerik, tempat aku dilahirkan. 

Bulan Desember 2014, Alhamdulillah Atok aku izinkan aku kerjakan tanahnya seluas 1 ekar untuk projek kambing dan pisang... Ha...Ha... Dia minta aku tanam pisang tapi aku nak buat kambing. Gelak juga dia. Cucunya mana pernah bela kambing!!!!. Ya ..aku memang tak ada pengalaman tapi sebelum aku nak mula projek kambing ni, selalu aku " follow " Blog " Alwigoatfarm" pasal kambing. memang terbaik sebab banyak ilmu yang dia kongsi kepada peternak kambing,
Walaupun kita tiada pengalaman, insyallah ada ilmu daripada pembacaan sedikit banyak membantu kita dalam buat keputusan.

Selain itu, aku join Group FB, Persatuan Perternak Lembu dan Kambing  Malaysia,"Most Recomended"
kepada sesiapa yang nak belajar...sebab banyak " Threads" dari Otai2 ternakan kambing seperti, Pak Faisal Ks , Haji Mohd Nasir Samat dan ramai lagi.

Ladang Kambing....
Bulan Disember 2014 musim hujan.
Tanah yg asalnya belukar, semak samun di tebas sendiri. Dah la lama tak masuk kebun, huru hara gak belukar tu aku kerjakan..akhirnya dalam 2 minggu alhamdulillah berjaya. Cuma tinggal batang pokok besar jer aku tak mampu nak tebang, aku mana ada "chainsaw", bro !!!!!

Gmbor sekitar tapak Projek Kambing.

Perancangan: 

Keluasan  : 1 ekar Tanah Dusun Durian
Kandang   : 14 x 30 
Kambing   : Katjang@ Kampung@bebiri
Permulaan: 10 betina & 1 jantan

Perancangan: Trading kambing untuk aqiqah dan korban.

Moga2  perancangan di permudahkan. 


Ikhlas
Mh Agro Farm.